Wednesday, May 7, 2008

Thanks For All Bloger

Salam sejahtera,

Hari ini aku telah melayari beberapa blog. Daripada blog yang aku lawati, banyak juga bahan-bahan widget, script yang aku cilok dari blog diorang. Sumanya free... So aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogers kerana sudi berkongsi widget tersebut. Info, ilmu yang diperoleh dari blog ini akan dimanfaatkan sepenuhnya..

Terima kasih

Tuesday, May 6, 2008

Royal Belum

Salam buat semua,

Hari ini aku ada buat research untuk buat trip memancing bagi team aku (Snakehead Angler). setelah puas turun ke tuas, kali ini ingin berubah angin ke pulau pula. Namun masa mencemburui kami kerana sahabat kami dapat job order untuk standby PA system kerana ada program, aktiviti kami terpaksa dibatalkan dan dipinda kepada masa yang akan ditentukan kemudian. Aku pula mencari altenatif lain selain laut ingin juga bertukar arah ke tasek pula. Memandangkan sudah lama tidak memancing di tasek. Kali ini aku ingin mencadangkan buat trip ke Tasek Banding / Royal Belum. Disana terdapat pelbagai spesis ikan air tawar yang pastinya memberi 1001 pengalaman kepada kami. Cadangan yang dicadangkan adalah pada hujung bulan Jun 2008 Diharap rancangan ini akan dipersetujui oleh Snakehead Angler. Berikut serba info tentang Royal Belum yang bakal ditawan nanti ...






















Sunday, May 4, 2008

Penangan Tenggiri II

Penangan Tenggiri

Tuas Yan

Salam sejahtera..
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman memancing di Tuas Yan, Kedah. Semalam saya dan rakan-rakan telah pergi memancing di Tuas, Yan. Kami bertolak seawal jam 7.00 pagi dari Kuala Dulang ke Tuas. Seramai Lapan orang menaiki bot. Antaranya ; Aku, Khairulhazman, Hazril, Pozi (Mahalaut), Piee, Man, Tekong dan Pembantunya. Kami sampai ke tuas kira-kira 20 minit kemudian. Air Laut agak tenang dan air sangat jernih. Kami memancing umpan hidup terlebih dahulu dengan menggunakan teknik APOLLO. Umpan yang dikehendaki ialah ikan kembong / Temenung Borek. Ini merupakan makanan favourite ikan tenggiri. Setelah penat apollo, dapatlah beberapa ekor ikan temenung borek, (belitong sesat pun kami peroleh) kami pun pergi ke tuas untuk memancing tenggiri. Sampai di tuas kami pun terus memulakan pemburuan tenggiri. Tidak sampai 15 minit, pancing mahalaut telah mengena. Ikan ini agak besar, setelah hampir 5 minit bertarung dengan tenggiri yang mencecah berat hampir 9kg. Ia pun tewas. Kemudian selang beberapa minit kemudian, umpan hidup pula mengena. Kami terus bertarung hingga tumpas juga tenggiri... Kali ini kecil sikit berbanding sebelumnya. Kami terus memancing dengan pelbagai kaedah dan teknik. Tidak kurang juga umpan bulu yang menjadi kegemaran tenggiri turut digunakan. Casting, Drift, Hanyut, Tunda, Jigg dan pelbagai cara lagi turut digunakan untuk memancing. Ada juga spesis kerisi, kerapu, repoh dinaikan di tuas itu. Kami memancing hingga 5.30 petang. Disebabkan kawan kami ada kursus esok hari di Johor, kami pun terpaksa bertolak pulang. Sebelum pulang sempat juga mahalaut menaikan seekor tenggiri 4kg sebagai bekal bawa pulang..
Disini dikongsikan detik-detik manis pengalaman tersebut untuk tatapan semua.;