Sunday, October 25, 2009

Burung Puling

BAYAN PULINGBlue-rumped Parrot
FAMILI: Psittacidae
NAMA SAINTIFIK: Psittinus cyanurus

CIRI-CIRI: Individu jantan bagi spesies ini hampir menyerupai spesies Bayan Serindit,Loriculus galgalus, tetapi hampir keseluruhan bahagian kepala berwarna biru kekelabuanserta bahagian atas belakang badan berwarna hitam. Bahagian belakang kebahagian atas pangkal ekor berwarna biru keunguan gelap manakala bahagian hujungsayap berwarna hijau kekuningan. Individu ini mempunyai bahagian dada dan sisibadan yang berwarna kelabu pudar ke warna hijau kecoklatan. Pada bahagiandalam sayap terdapat tompokan berwarna merah manakala bahagian paruh berwarnamerah serta hitam pada bahagian bawahnya. Semasa terbang kelihatanwarna hitam pada bahagian bawah sayap dan merah pada bahagian pangkalsayap. Individu betina dewasa bagi spesies ini mempunyai bahagian kepala yangberwarna coklat di mana bahagian sisinya adalah pudar serta bahagian rengkongberwarna kuning. Pada bahagian ini terdapat jalur berwarna coklat gelap. Bahagianatas badan ke bahagian belakang berwarna biru manakala bahagian dada, sisibadan dan perut berwarna hijau. Individu ini tidak mempunyai warna merah padabahagian dalam sayap manakala bahagian paruh berwarna coklat gelap. Bagi individujuvenil pula, ia menyerupai individu betina dewasa tetapi bahagian atas dan sisikepala berwarna berwarna hijau. Pada bahagian dalam sayap tidak terdapat warnamerah.SAIZ: Panjang keseluruhan individu dewasa adalah di antara 18.5 -19.5 sm.MAKANAN: Buah-buahan, bijian, tunas tumbuhan, nektar dan bunga.

HABITAT: Spesies ini dijumpai di kawasan hutan dipterokap yang terbuka, kawasanpertanian dan kadangkala dijumpai di kawasan hutan paya bakau, pada ketinggiansehingga ke 700 m. Kadangkala dijumpai di kawasan berketinggian sehingga ke 1,300m dari aras laut.BUNYI: Burung ini mengeluarkan bunyi chi chi chi dan chew-ee yang tajam dengannada yang tinggi.

TABIAT: Kebiasaannya spesies ini mencari makanan sendirian.

PEMBIAKAN : Musim membiak pada bulan Mei hingga Jun. Sarang dibina di atas pokokpada ketinggian kira-kira 30 m dari paras tanah. Telur yang dihasilkan adalah sebanyak1-3 biji berwarna putih, berukuran di antara 23.1-26.5 X 20.3-21.3 mm.

STATUS: Akta 76/72, diperlindungi. IUCN, hampir terancam.






No comments: