Monday, April 7, 2008

Saturday, April 5, 2008

Bantut Ikan Haruan















Memancing di lubuk larangan








Salam buat semua,


Pada hari khamis yang lalu, saya telah pergi ke sebuah 'lubuk larangan' untuk memancing ikan. Berbekalkan umpan yang dicari malam tadi (katak 2 ekor) maka dapatlah melepaskan gian untuk memancing ikan air tawar. Tempatnya dekat sahaja dengan rumah dan tempat kerja.
Selepas beberapa kali melontar, satu tarikan kekili telah mengena, namun terlepas. Tidak berputus asa, saya terus melontar lagi dan kali ini umpan saya mengena lagi, dan tanpa membuang masa saya terus menyentak joran saya. Ikan yang mengena pada joran agak besar, setelah penat bertarung, maka ikan tersebut terus tewas pada joran saya...
Ikan yang diperoleh seberat 500gram (Ikan Haruan)
Kemudian, umpan masih tinggal seekor, berbekalkan umpan itu, saya terus memancing lagi, dengan mengubah pelbagai posisi akhirnya umpan saya mengena lagi. Kali ni ikan yang makan umpan agak besar dari yang sebelumnya.. Cabaranya agak mencabar, setelah hampir 1 minit menjinakkan ikan tersebut, akhirnya ia tertewas juga pada joran saya. Ikan yang diperoleh seberat 800gram, ikan haruan juga..


Thursday, April 3, 2008

Kejohanan Pencak Silat MRSM 2008

Baru-baru ini, MRSM Kubang Pasu telah menjadi tuan rumah kejohanan Pencak Silat MRSM SeMalaysia kali ke V 2008

Disini dikongsikan detik-detik manis kejohanan tersebut untuk tatapan bersama



Peringatan buat orang Islam

Salam,

Hari ini dunia dikejutkan lagi dengan kisah penuh kontroversi...
Umat Islam sekali lagi diuji dengan Fitnah yang dilontarkan oleh golongan kafir yang sentiasa memerangi Islam. Dengan menyiarkan filem FITNA menunjukan betapa meraka ini sangat bencikan Islam. Tayangan -tayangan yang dipaparkan jelas menunjukkan penghinaan terhadap Islam dengan memutarbelitkan Fakta supaya orang keliru dengan maklumat yang sebenar. Namun, bagi umat Islam, telah diingatkan bahawa orang kafir sentiasa akan memusuhi Islam. Jesteru, kita hendaklah peka terhadap isu-isu yang diketengahkan oleh arus media globalisasi masakini. Bersama-samalah kita mengambil iktibar daripada pengalaman yang lalu.