Pada hari khamis yang lalu, saya telah pergi ke sebuah 'lubuk larangan' untuk memancing ikan. Berbekalkan umpan yang dicari malam tadi (katak 2 ekor) maka dapatlah melepaskan gian untuk memancing ikan air tawar. Tempatnya dekat sahaja dengan rumah dan tempat kerja.
Selepas beberapa kali melontar, satu tarikan kekili telah mengena, namun terlepas. Tidak berputus asa, saya terus melontar lagi dan kali ini umpan saya mengena lagi, dan tanpa membuang masa saya terus menyentak joran saya. Ikan yang mengena pada joran agak besar, setelah penat bertarung, maka ikan tersebut terus tewas pada joran saya...
Ikan yang diperoleh seberat 500gram (Ikan Haruan)
Kemudian, umpan masih tinggal seekor, berbekalkan umpan itu, saya terus memancing lagi, dengan mengubah pelbagai posisi akhirnya umpan saya mengena lagi. Kali ni ikan yang makan umpan agak besar dari yang sebelumnya.. Cabaranya agak mencabar, setelah hampir 1 minit menjinakkan ikan tersebut, akhirnya ia tertewas juga pada joran saya. Ikan yang diperoleh seberat 800gram, ikan haruan juga..

No comments:
Post a Comment