Saturday, May 10, 2008

Air Ganda

Air Ganda terletak kira-kira 20km dari pekan Grik. Air ini merupakan air mineral semula jadi yang berpunca dari air mata air yang tidak diketahui sumbernya. Air ini boleh diminum seperti air mineral. Banyak mineral semula jadi yang terkandung didalamnya. Penduduk di sekitar kawasan tersebut sering menggunakan air tersebut untuk kegunaan harian. Difahamkan bahawa air ini boleh dijadikan air penawar oleh penduduk kampung. Tempat ini juga dijadikan pusat rekreasi keluarga oleh mereka yang mengetahui wujudnya mata air ini.

No comments: