Salam sejahtera..
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman memancing di Tuas Yan, Kedah. Semalam saya dan rakan-rakan telah pergi memancing di Tuas, Yan. Kami bertolak seawal jam 7.00 pagi dari Kuala Dulang ke Tuas. Seramai Lapan orang menaiki bot. Antaranya ; Aku, Khairulhazman, Hazril, Pozi (Mahalaut), Piee, Man, Tekong dan Pembantunya. Kami sampai ke tuas kira-kira 20 minit kemudian. Air Laut agak tenang dan air sangat jernih. Kami memancing umpan hidup terlebih dahulu dengan menggunakan teknik APOLLO. Umpan yang dikehendaki ialah ikan kembong / Temenung Borek. Ini merupakan makanan favourite ikan tenggiri. Setelah penat apollo, dapatlah beberapa ekor ikan temenung borek, (belitong sesat pun kami peroleh) kami pun pergi ke tuas untuk memancing tenggiri. Sampai di tuas kami pun terus memulakan pemburuan tenggiri. Tidak sampai 15 minit, pancing mahalaut telah mengena. Ikan ini agak besar, setelah hampir 5 minit bertarung dengan tenggiri yang mencecah berat hampir 9kg. Ia pun tewas. Kemudian selang beberapa minit kemudian, umpan hidup pula mengena. Kami terus bertarung hingga tumpas juga tenggiri... Kali ini kecil sikit berbanding sebelumnya. Kami terus memancing dengan pelbagai kaedah dan teknik. Tidak kurang juga umpan bulu yang menjadi kegemaran tenggiri turut digunakan. Casting, Drift, Hanyut, Tunda, Jigg dan pelbagai cara lagi turut digunakan untuk memancing. Ada juga spesis kerisi, kerapu, repoh dinaikan di tuas itu. Kami memancing hingga 5.30 petang. Disebabkan kawan kami ada kursus esok hari di Johor, kami pun terpaksa bertolak pulang. Sebelum pulang sempat juga mahalaut menaikan seekor tenggiri 4kg sebagai bekal bawa pulang..
Disini dikongsikan detik-detik manis pengalaman tersebut untuk tatapan semua.;
Disini dikongsikan detik-detik manis pengalaman tersebut untuk tatapan semua.;
No comments:
Post a Comment