Petang tadi aku dan rakan-rakan ke lubuk larangan. Pada mulanya bercadang ke tasek tetapi tidak jadi kerana hujan turun. Aku pun ajak mereka ke lubuk larangan untuk memancing haruan. Dapatlah 2-3 ekor ikan haruan. Aku pula asyik memancing anak ikan Tebal Sisik atau nama saintifiknya Javenese Carp. Banyak juga yang aku dapat. Anak ikan ini untuk dijadikan umpan memancing ikan sekap air tawar pada esok hari. Disini dikongsikan gambar ikan tersebut.
No comments:
Post a Comment