Wednesday, April 30, 2008

Javenese Carp

Petang tadi aku dan rakan-rakan ke lubuk larangan. Pada mulanya bercadang ke tasek tetapi tidak jadi kerana hujan turun. Aku pun ajak mereka ke lubuk larangan untuk memancing haruan. Dapatlah 2-3 ekor ikan haruan. Aku pula asyik memancing anak ikan Tebal Sisik atau nama saintifiknya Javenese Carp. Banyak juga yang aku dapat. Anak ikan ini untuk dijadikan umpan memancing ikan sekap air tawar pada esok hari. Disini dikongsikan gambar ikan tersebut.



Sunday, April 27, 2008

Monday, April 21, 2008

Sunday, April 20, 2008

RAHSIA SURAH-KAUTSAR

Surah Al-Kautsar. Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan slalu.

GREDDY ADVERT

Wednesday, April 16, 2008

Kalimah Allah

Salam buat semua,

Tengahari ini aku dikejutkan dengan panggilan telefon oleh isteri... Katanya, daging yang semalam dibeli ada tertera kalimah Allah. So, aku pun pulang ke rumah untuk makan tengahari. Isteri aku terus menunjukkan daging yang tertera kalimah tersebut.. Benarlah apa yang dikatakan kepadaku tadi... Inilah bukti kekuasaan Allah Subhanahuwata'ala :



Buah Keriang

Buah keriang adalah sejenis buah-buahan tempatan. Saiz buah keriang sebesar ibu jari dan berwarna kehitaman apabila masak. Buah ini enak dimakan begitu sahaja, atau direndam dengan air garam semalam dan dimakan. Rasanya manis-manis kelat...


Disini dikongsikan gambar buah keriang


Lagu Hindustan

Layan lagu Hindustan lak...


Monday, April 14, 2008

Hantu Tulang

Mari Belajar Bahasa Melayu

Glosari

Idea : Buah Fikiran

Komitmen : Melakukan sesuatu usaha secara yang bersungguh-sungguh serta tekun

Material : Kebendaan

Abstrak : Perkara yang kompleks serta sukar difahami

Logik : Munasabah

Emosi : Berkaitan perasaan seseorang

Biadap : Perlakuan yang kurang ajar

Altenatif : memilih pilihan yang lain

Dominasi : Penguasaan menyeluruh terhadap sesuatu perkara

Sensitif : Amat mudah terangsang, peka

Persepsi : Tafsiran atau pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara

Muhrim : mempunyai hubungan persaudaraan dalam Islam

Berkarisma : Berwibawa

Rasional : Mennggunakan logic akal dalam memperkatakan sesuatu

Releven : Bersangkutan

Farmasi : Pusat penjualan bahan perubatan

Psikologi : Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan

Kekang : Kesuntukan, tiada masa

Pancaroba : Penuh dengan cabaran

Akrab : Berkaitan dengan perhubungan, rapat

Egoistik : Perasaan ego atau mementingkan diri sendiri

Kredibiliti : Sifat yang boleh dipercayai, yakin terhadap sesuatu

Emosional : terlalu mengikut perasaan

Material : Kebendaan

Generasi : Keturunan

Aurat : Bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan

Ampuh : Kesaktian, kemujaraban

Klasifikasi : Penggolongan, penjenisan

Lucah : Hina, keji, sangat rendah

Kontemporari : Bersifat semasa, terkini, atau sentiasa segar dalam fikiran

Pediatrik : Berkaitan hal ehwal yang melibatkan kanak-kanak

Persepsi : Tafsiran, cara melihat atau memandang isu yang berlaku

Imaginatif : Berkaitan daya khayalan atau imaginasi seseorang

Konprehensif : lengkap dan sempurna

Agresif : ganas, aktif

Hero : watak yang diangkat menjadi peneraju utama dalam filem

Rock : irama muzik bernada keras yang didatangkan dari budaya barat

Ekstrem : Melampau, radikal

Sinonim : seringkali dikaitkan bersama-sama

Makruh : Perkara yang tidak wajar dilakukan tetapi tidak berdosa

Vandalisme : Merosakkan harta benda awam

Taklimat : Maklumat yang disampaikan

Komited : usaha yang bersungguh-sungguh

Kompetitif : Berdaya saing

Gedung : Rumah besar daripada batu, bangunan untuk pejabat atau tempat menyimpan barang

Optimum : Kedudukan terbaik atau paling menguntungkan

Perpaduan : Penggabungan atau penyatuan

Panduan : Pedoman, petunjuk, pimpinan atau sesuatu yang digunakan untuk rujukan

Praktis : Berdasarkan kepada sesuatu dipraktik, boleh dan mudah dilaksanakan

Wawasan : Pandangan jauh bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara

Sistematik : Berasaskan atau menurut sistem

Reformasi : Perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang lebih baik

Norma : Peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi

Lisan : Sesuatu yang disampaikan melalui mulut ke mulut

Spesifik : Khas, khusus atau tertentu

Menggembleng : Menyatukan atau memadukan tenaga untuk melakukan sesuatu

Perkhidmatan : Kerja (usaha, kemudahan) untuk kepentingan atau keperluan orang ramai

Prestasi : Hasil yang diperoleh atau pencapaian

Senario : Urutan peristiwa serta perkembangannya yang diramal berlaku

Memupuk : Menjadikan atau menyebbabkan subur dalam erti maju dan berkembang

Intelek : Kemampuan berfikir dan memahami



Sekian buat masa ini, jika ada bahan pada masa akan datang, saya kemaskini lagi... terima kaih kerana sudi membaca

Whatever

Just For Laugh

Sunday, April 13, 2008

Italian Child

1 minute painting

Makluman

Salam buat semua,

Semalam aku ada menerima satu sms dari kawan. SMS ini berbunyi " Maklumat dari Ustaz Haron Din. Planet Marikh (Planet yang terdekat dengan bumi) telah mengalami pusingan terbalik pada bulan 9 yang lepas. Jadi planet yang berhampiran dengannya juga akan mengalami kejadian yang sama. Maka akan terjadi kejadian yang sama. Matahari akan naik dibarat yang juga tanda-tanda besar kiamat lalu pintu taubat ditutup. Kata para astronomi, bumi hanya menunggu masa sahaja. Info ini tidak didedahkan secara meluas& telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana ia menguntungkan pihak Islam. Ambillah peringatan samada benar atau tidak dan sejauh mana kebenarannya. Wallahuaq'lam, tetapi harap disebarkan sebagai peringatan"

Demikianlah kenyataan SMS tersebut. Sejauh mana kebenarannya? Sama-sama lah kita kaji dan mengambil iktibar disebalik kejadian tersebut...
Sesungguhnya bumi ini sudah tidak mampu menanggung kerosakan di muka bumi ini...

Renung-renungkan...

Kekili dan Umpan

Cengkerik

Cacing Tanah







Pertandingan Memancing

Juara Pertandingan


Salam buat semua,

Jitra, Sabtu, 12hb April 2007 satu pertandingan memancing telah diadakan di Taman Tasik Tema, Jitra, Kedah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Bank Rakyat dengan kerjasama Berita Harian (Joran). Hadiah tempat pertama merupakan wang tunai RM15,000.00 . Lebih 2000 penyertaan telah menyertai pertandingan tersebut. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.


Aku dan rakan-rakan kaki pancing turut serta mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Walaupun tidak berjaya, tetapi kami puas kerana dapat bersama-sama kaki pancing berjuang bagi merebut hadiah lumayan tersebut. Sahabat kami terpaksa berputih mata apabila beliau gagal menaikkan ikan yang agak besar apabila tali joran terputus. Namun semangat yang tinggi membuatkan beliau tidak berputus asa. Katanya "Jangan Berputus Asa, Lain Kali Kita Cuba Lagi! Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu" . Begitulah kata-kata semangat yang dilontarkan kepada kami... Semoga pada masa akan datang, lebih banyak pertandingan seumpama ini diadakan disini... Kami akan sentiasa menyahut cabaran...


Disini dikongsikan detik manis semasa pertandingan tersebut :

































Wednesday, April 9, 2008

Tuesday, April 8, 2008

Apek - Aspalela

Bicycle Drift

Ikan Toman (Port B)

Baru-baru ini aku telah perolehi ikan toman. Toman ini diperolehi semasa kami pergi memancing di sebuah port yang sangat strategik. Port ini dinamakan port B atas sebab-sebab tertentu.

Cili tumbuk dengan ulam jantung pisang