Sunday, April 13, 2008

Pertandingan Memancing

Juara Pertandingan


Salam buat semua,

Jitra, Sabtu, 12hb April 2007 satu pertandingan memancing telah diadakan di Taman Tasik Tema, Jitra, Kedah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Bank Rakyat dengan kerjasama Berita Harian (Joran). Hadiah tempat pertama merupakan wang tunai RM15,000.00 . Lebih 2000 penyertaan telah menyertai pertandingan tersebut. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.


Aku dan rakan-rakan kaki pancing turut serta mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Walaupun tidak berjaya, tetapi kami puas kerana dapat bersama-sama kaki pancing berjuang bagi merebut hadiah lumayan tersebut. Sahabat kami terpaksa berputih mata apabila beliau gagal menaikkan ikan yang agak besar apabila tali joran terputus. Namun semangat yang tinggi membuatkan beliau tidak berputus asa. Katanya "Jangan Berputus Asa, Lain Kali Kita Cuba Lagi! Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu" . Begitulah kata-kata semangat yang dilontarkan kepada kami... Semoga pada masa akan datang, lebih banyak pertandingan seumpama ini diadakan disini... Kami akan sentiasa menyahut cabaran...


Disini dikongsikan detik manis semasa pertandingan tersebut :

































No comments: